YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, pelaksanaan program pembangunan ummah serta inisiatif pengukuhan syiar Islam di peringkat Persekutuan.
Hadir sama, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (3 Februari).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121