DAULAT TUANKU
Istana Malam
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG & REFORMASI INSTITUSI)

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG & REFORMASI INSTITUSI)

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), di ibu negara, hari ini (9 Januari).
 
Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan taklimat isu-isu semasa perihal perundangan dalam negara oleh Dato’ Sri Azalina, yang turut menyentuh soal pengukuhan tatakelola serta usaha reformasi institusi ke arah memerangi rasuah.
 
Sultan Ibrahim bertitah, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dipelihara serta dipertahankan.
 
“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah.”
 
“Pemeliharaan dua aspek Rukun Negara itu amat penting kerana ia memberi kesan secara langsung ke atas tahap kepercayaan rakyat kepada integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara,” titah Seri Paduka Baginda.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121