YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI LUAR DAN PEGUAM NEGARA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI LUAR DAN PEGUAM NEGARA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Luar.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menerima mengadap Tan Sri Dusuki Mokhtar, Peguam Negara.
Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan naskah cetakan semula Perlembagaan Persekutuan dan teks terjemahan Perlembagaan Persekutuan.
Ia dipersembahkan oleh Tan Sri Dusuki kepada Seri Paduka Baginda.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (18 Mei).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121