DAULAT TUANKU
Istana Malam
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
 
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (7 Januari).
 
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan
taklimat mengenai perancangan kementerian antaranya memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
 
Sultan Ibrahim, bertitah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan antara tunjang dalam usaha meningkatkan ekonomi rakyat, selain memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan isi rumah.
 
Seri Paduka Baginda, bertitah sokongan berterusan daripada kerajaan dan agensi berkaitan turut penting dalam memastikan PKS kekal berdaya saing dan mampan dalam jangka panjang.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121