DAULAT TUANKU
Istana Malam
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (7 Januari).
 
Hadir sama, YBhg Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi.
 
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perancangan serta hala tuju strategik kementerian.
 
Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat agar setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh integriti, berteraskan tadbir urus yang baik serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

 

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121