YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Hadir sama, Dato’ Sri Ts Nor Hisham Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Dato’ Othman Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Pembangunan).
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai laporan serta perkembangan semasa JBPM termasuk kesiapsiagaan dan keupayaan JBPM dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan awam serta mengendalikan operasi kecemasan di seluruh negara.
Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan mengenai penganjuran Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 yang dijadualkan berlangsung di Johor Bahru pada Mei tahun ini.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (4 Februari).
