YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI SUMBER MANUSIA
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YB Dato’ Seri R Ramanan, Menteri Sumber Manusia.
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perancangan serta hala tuju strategik kementerian.
Pertemuan YB Menteri Sumber Manusia bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (10 Februari).
