YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PANGLIMA 21 GERUP GERAK KHAS
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan taklimat mengenai perkembangan semasa Gerup Gerak Khas (GGK).
Taklimat berkenaan dipersembahkan oleh Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, Panglima 21 GGK di Johor Bahru, pada hari ini (4 Disember).
Seri Paduka Baginda yang juga Kolonel Komandan GGK dipersembahkan taklimat mengenai Rancangan Perolehan (RP2) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK 13).
Turut dipersembahkan mengenai sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas (Fasa Kedua) di Melaka dan perkembangan terkini projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing.
