YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTERA UDARA
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Jeneral Dato’ Seri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara.
Hadir sama, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Khusairi Ahmad Fadli, Panglima Bantuan Udara.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (3 Februari).
