YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (31 Januari).
