YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Hadir sama, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (18 Mei).
