YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Pada sesi mengadap itu, antara lain Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan mesyuarat Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di ibu negara minggu lalu.
Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (30 Oktober).
