YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu-isu semasa.
Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan mengenai pelaksanaan Inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada bulan depan.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini (25 September).
