YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP TAN SRI SYED MOKHTAR
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, pada hari ini (6 Disember).
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Tan Sri Syed Mokhtar turut mempersembahkan beberapa naskah buku ilmiah Agama Islam sebagai cendera kenangan kepada Seri Paduka Baginda.
