YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA WATIKAH 7 PERWAKILAN ASING KE MALAYSIA DAN KURNIA 15 WATIKAH PELANTIKAN KEPADA KETUA PERWAKILAN MALAYSIA KE LUAR NEGARA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA WATIKAH 7 PERWAKILAN ASING KE MALAYSIA DAN KURNIA 15 WATIKAH PELANTIKAN KEPADA KETUA PERWAKILAN MALAYSIA KE LUAR NEGARA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 7 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara,
hari ini (18 Mei).
Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Dharshana Mahendra Perera, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka; TYT Majid Halim, Duta Besar Maghribi dan Puan Yang Terutama (PYT) Nubiela Yanarith Ayala, Duta Besar Panama.
Selain itu, TYT Dudley McKinley Thomas, Duta Besar Republik Liberia; PYT Ivana Golubovic-Duboka, Duta Besar Serbia; TYT Fernando Miguel, Duta Besar Republik Angola dan TYT Zada Seidou, Duta Besar Republik Niger.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada TYT Dato’ Ahmad Rozian Abd Ghani, Duta Besar Malaysia ke Jepun; PYT Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, Duta Besar Malaysia ke Singapura dan Dato’ Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom.
Selain itu, PYT Dato’ Fenny Anak Nuli, Duta Besar Malaysia ke Austria; TYT Abu Bakar Mamat, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand; PYT Norli Muadza Mohd Nor, Duta Besar Malaysia ke Laos dan TYT Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, Duta Besar Malaysia ke Oman.
PYT Sharon Ho Swee Peng, Duta Besar Malaysia ke Ireland; TYT Dato’ Amarjit Singh Sarjit Singh, Duta Besar Malaysia ke Finland; TYT Fairuz Adli Mohd Rozali, Duta Besar Malaysia ke Timor Leste dan TYT Adlan Mohd Shaffieq, Duta Besar Malaysia ke Turkiye.
TYT Suresh Kumar K. Rengasamy, Duta Besar Malaysia ke Chile; TYT Anwar Udzir, Duta Besar Malaysia ke Lubnan; PYT Rafedah Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan dan PYT Aznifah Isnariah Abdul Ghani, Duta Besar Malaysia ke Azebaijan.
Hadir sama Istiadat hari ini, YB Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri; Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan Tan Sri Dato' Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121