YANG DI-PERTUAN AGONG TITIKBERATKAN KELESTARIAN DAN KEBERSIHAN KEPULAUAN MERSING DEMI PEMULIHARAAN BIODIVERSITI MARIN DAN ALAM SEKITAR

YANG DI-PERTUAN AGONG TITIKBERATKAN KELESTARIAN DAN KEBERSIHAN KEPULAUAN MERSING DEMI PEMULIHARAAN BIODIVERSITI MARIN DAN ALAM SEKITAR
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memelihara kelestarian alam sekitar serta menjaga kebersihan kepulauan di perairan Mersing.
 
Seri Paduka Baginda bertitah kepulauan Mersing yang terkenal sebagai sebuah daerah pelancongan lestari, mempunyai keindahan semula jadi dan kepelbagaian biologi marin yang perlu dipelihara sebaik-baiknya untuk generasi kini dan akan datang.
“Setiap pengunjung juga perlu mengamalkan sikap prihatin terhadap alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata bagi memastikan keindahan alam semulajadi dan ekosistem marin terus terpelihara.
 
“Keindahan pulau, batu karang dan biodiversiti marin di perairan Mersing adalah khazanah yang wajar dijaga bersama. Usaha ini penting bukan sahaja untuk manfaat generasi kini, malah juga untuk warisan generasi akan datang,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (19 September).
 
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor; Mohammed Shakib Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor dan Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
 
Hadir sama, Norman Noh, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing.
 

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121