YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR NASIHAT KEPADA KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA YANG BAHARU

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR NASIHAT KEPADA KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA YANG BAHARU 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Dato’ Seri Abdul Halim Aman, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Seri Paduka Baginda, berkenan menzahirkan nasihat agar melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh integriti dalam memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini.
Sultan Ibrahim, bertitah usaha membanteras rasuah hendaklah dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.
Dato’ Seri Abdul Halim dilantik menerajui SPRM berkuat kuasa 13 Mei lalu menggantikan Tan Sri Azam Baki.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (4 Jun).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121