YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR PANDANGAN DAN NASIHAT BERHUBUNG HALA TUJU PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR PANDANGAN DAN NASIHAT BERHUBUNG HALA TUJU PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat yang konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur.
Antaranya dengan menekankan kepentingan tadbir urus yang berkesan, penyampaian perkhidmatan yang cekap dan usaha berterusan untuk meningkatkan taraf hidup warga kota.
Sultan Ibrahim sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyat serta pembangunan yang seimbang agar setiap perancangan dan pelaksanaan dasar memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan
menerima mengadap YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai Reformasi Kuala Lumpur oleh YB Hannah Yeoh yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan perancangan bandar.
Hadir sama, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dato’ Seri Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (4 Jun).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121