YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI PAHLAWAN
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan keselamatan itu yang berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara.
“Selamat Hari Pahlawan, jasa dan pengorbanan anda semua akan sentiasa terpahat dalam kenangan. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melindungi seluruh warga pasukan keselamatan dalam setiap tugas yang dilaksanakan,” titah Seri Paduka Baginda.
