YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-93

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-93

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia serta para veteran yang menabur bakti kepada negara.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa dan pengorbanan seluruh warga tentera darat dalam mempertahankan kedaulatan tanah air serta memelihara keamanan negara.
Sultan Ibrahim, bertitah nilai integriti juga hendaklah menjadi tunjang utama dalam setiap lapisan warga pasukan itu, selain terus berkhidmat dengan penuh profesionalisme demi memastikan Malaysia kekal aman dan berdaulat.
“Al-Fatihah buat para anggota serta veteran yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121