YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE-92
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-92.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, bakti dan pergorbanan yang dicurahkan seluruh warga dan veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
