YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN REGIMEN GERAK KHAS KE-61

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN REGIMEN GERAK KHAS KE-61

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Regimen Gerak Khas (RGK) Ke-61 kepada seluruh anggota serta para veteran.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga RGK dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121