YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN TAHNIAH JDT JUARA PIALA FA EMPAT KALI BERTURUT-TURUT

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN TAHNIAH JDT JUARA PIALA FA EMPAT KALI BERTURUT-TURUT
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas kejayaan menjuarai Piala FA buat kali keempat berturut-turut.
Seri Paduka Baginda, turut menzahirkan penghargaan kepada sokongan padu yang sentiasa diberikan rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan.
Sultan Ibrahim, bertitah kejayaan berkenaan juga menjadi pemangkin kepada prestasi lebih cemerlang pada masa akan datang serta inspirasi kepada pembangunan sukan bola sepak negara.
JDT menewaskan Sabah FC pada perlawanan akhir Piala FA Piala yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam tadi (14 Disember).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121