YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR SUMBANG 100 UNIT TELEVISYEN PINTAR KEPADA SEKOLAH AGAMA DI JOHOR

YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR SUMBANG 100 UNIT TELEVISYEN PINTAR KEPADA SEKOLAH AGAMA DI JOHOR
 
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 100 unit televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah agama di Johor sebagai usaha memperkasa pembelajaran digital dan meningkatkan kualiti pengajaran.
Dato’ Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan YSIJ, berkata sumbangan ini diharap dapat memberi manfaat besar kepada para pelajar dan guru dalam menerapkan kaedah pembelajaran lebih interaktif, moden dan berkesan.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan YSIJ dalam memastikan setiap institusi pendidikan menerima kemudahan teknologi yang setanding dengan keperluan semasa.
“Ia sekali gus juga membuka ruang kepada pengalaman pembelajaran yang lebih dinamik dan inklusif,” kata Dato’ Avinderjit Singh.
Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di Sekolah Menengah Tinggi Arab (Maahad Johor) pada hari ini (28 November).
Hadir sama, YB Mohd Fared Mohd Khalid,
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor; Nasri Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Mohd Anizam Jamian Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ.
Sementara itu, YB Mohd Fared merakamkan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KDYMM SPB YDPA Sultan Ibrahim di atas kurniaan sumbangan melalui YSIJ.
“Sesungguhnya keprihatinan dan kepekaan Seri Paduka Baginda terhadap sekolah agama di Johor amatlah bermakna untuk warga pendidik khususnya murid-murid sekolah,” katanya.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121