YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI PAHLAWAN

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI PAHLAWAN

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI PAHLAWAN 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan keselamatan itu yang berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara.
“Selamat Hari Pahlawan, jasa dan pengorbanan anda semua akan sentiasa terpahat dalam kenangan. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melindungi seluruh warga pasukan keselamatan dalam setiap tugas yang dilaksanakan,” titah Seri Paduka Baginda.

DIPLOMASI DIRAJA PEMANGKIN PENGANJURAN FORMULA 1 BAHRAIN DI MALAYSIA

DIPLOMASI DIRAJA PEMANGKIN PENGANJURAN FORMULA 1 BAHRAIN DI MALAYSIA

DIPLOMASI DIRAJA PEMANGKIN PENGANJURAN FORMULA 1 BAHRAIN DI MALAYSIA

Kembalinya perlumbaan Formula 1 (F1) ke Malaysia merupakan hasil kejayaan diplomasi diraja yang memperlihatkan hubungan erat serta kepercayaan tinggi antara KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain.
Semenjak tahun 2017, Seri Paduka Baginda dan Raja Hamad telah menjalin persahabatan peribadi yang baik dan ia terus berkembang kepada pengukuhan hubungan diplomasi antara Bahrain dan Malaysia, dengan Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Bahrain pada tahun 2025.
Susulan cabaran terhadap kalendar perlumbaan F1 akibat konflik bersenjata di Asia Barat, penganjuran F1 Grand Prix Bahrain berdepan ketidaktentuan dan memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan perlumbaan berprestij itu dapat diteruskan.
Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, Raja Bahrain telah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon kepada Yang di-Pertuan Agong.
Perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra serta semangat persahabatan itu menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Bahrain, Formula 1 dan Federation Internationale de l’Automobile (FIA).
Hasil persefahaman itu, persetujuan berjaya dicapai untuk menganjurkan Formula 1 Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, sekali gus mengembalikan perlumbaan Formula 1 ke Malaysia selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2017.
Pengumuman litar Sepang sebagai tuan rumah bagi F1 Grand Prix Bahrain diterima baik, terutama dalam kalangan peminat F1 di Malaysia dan serantau serta mencipta lembaran sejarah tersendiri yang mencerminkan hubungan diplomasi diraja yang cukup baik antara Sultan Ibrahim dan Raja Hamad.

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK

YANG DI-PERTUAN AGONG ZIARAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

YANG DI-PERTUAN AGONG ZIARAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

YANG DI-PERTUAN AGONG ZIARAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru
bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar hari ini (21 Julai).
Seri Paduka Baginda kemudian menyiram air mawar dan menabur bunga pada makam ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail dan bonda Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah.
Sultan Ibrahim turut ziarah makam anakanda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor.

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN WILAYAH PRIHATIN UNITI MERDEKA

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN WILAYAH PRIHATIN UNITI MERDEKA

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN WILAYAH PRIHATIN UNITI MERDEKA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan majlis Pengurniaan Sumbangan Wilayah Prihatin Uniti Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini (19 Julai).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; YB Senator Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Dato’ Fadil Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur.
Hadir sama, Dato’ Mohd Azani Omar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur; Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional.
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan cek curra (mock cheque) sumbangan oleh MAIWP, Pusat Pungutan Zakat dan Habib Jewels Sdn. Bhd. dengan nilai keseluruhan RM1.7 juta kepada Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.
Pada majlis berkenaan juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 anak-anak anggota Polis terpilih dan golongan asnaf Wilayah Persekutuan.
Penerima sumbangan akan turut terima bantuan berbentuk cermin mata, komputer riba dan kit kemasukan ke institusi pengajian tinggi, mesin glukosa, kerusi roda dan mesin tekanan darah tinggi.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121