YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.
Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting yang dimainkan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat.
Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi dan dikurniakan keselamatan dalam menjalankan tugas.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (4 Mei).

RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT TIBA KE UZBEKISTAN BAGI LAWATAN KHAS

RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT TIBA KE UZBEKISTAN BAGI LAWATAN KHAS

RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT TIBA KE UZBEKISTAN BAGI LAWATAN KHAS

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah selamat tiba ke Tashkent, Uzbekistan pada hari ini (3 Mei), bersempena Lawatan Khas ke negara itu.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent pada jam 3.10 petang waktu tempatan disambut Ezozkhon Karimova, Menteri Pendidikan Persekolahan dan Pra Sekolah Uzbekistan dan Usmanov Bobur Masudovich, Timbalan Menteri Luar Negeri Uzbekistan.
Hadir sama, Tuan Yang Terutama Ilham Tuah Illias, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan; Datuk Prof Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; Tan Sri Azman Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Prof Ts Dr Mohd Shafry Mohd Rahim, Naib Canselor UTM.
Pada lawatan Khas ini, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong selaku Canselor UTM bakal menyampaikan titah diraja pada persidangan diraja mengenai ‘Tradisi Saintifik Dalam Ketamadunan Islam: Sumber, Potensi dan Cabaran’ di Pusat Peradaban Islam Antarabangsa (ICC), Tashkent pada 5 Mei.
Turut dijadual hadir, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pengajian Tinggi.
Raja Permaisuri Agong turut dijadualkan menyaksikan lima pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM dan Pusat Ketamadunan Islam serta universiti di Uzbekistan.

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE UZBEKISTAN UNTUK PERSIDANGAN TRADISI SAINTIFIK DALAM KETAMADUNAN ISLAM

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE UZBEKISTAN UNTUK PERSIDANGAN TRADISI SAINTIFIK DALAM KETAMADUNAN ISLAM

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE UZBEKISTAN UNTUK PERSIDANGAN TRADISI SAINTIFIK DALAM KETAMADUNAN ISLAM

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Tashkent, Uzbekistan pada hari ini (3 Mei) bagi menghadiri persidangan “Tradisi Saintifik dalam Ketamadunan Islam: Sumber, Potensi dan Cabaran”.
Berlangsung di Pusat Ketamadunan Islam (Center of Islamic Civilisation, CIC) di Tashkent, Seri Paduka Baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal memberi titah ucapan Diraja kepada lebih 200 peserta terdiri daripada cendekiawan, pemikir dan negarawan dari pelbagai latar belakang.
Turut bersama mengiringi Raja Permaisuri Agong ke acara itu pada 5 Mei nanti, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pengajian Tinggi.
Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Uzbekistan dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pagi tadi.
Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara dan Puan Sri Datin Dr Nor Azizah Abdul Latif serta Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor.

RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP MANTAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP MANTAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP MANTAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

KDYMM SPB Seri Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap
Dato’ Asman Shah Abd Rahman, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor dan isteri, Datin Halimah Mohamed Rasip.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (1 Mei).
Dato’ Asman Shah yang berkhidmat sebagai SUK ke-25 sejak Julai 2025 bersara wajib pada Februari lalu.

SULTAN IBRAHIM TERIMA KUNJUNGAN DAVE WILLIAMS - CUCU PENCIPTA BERSAMA LEGASI KARTUN THE FLINTSTONES

SULTAN IBRAHIM TERIMA KUNJUNGAN DAVE WILLIAMS - CUCU PENCIPTA BERSAMA LEGASI KARTUN THE FLINTSTONES

SULTAN IBRAHIM TERIMA KUNJUNGAN DAVE WILLIAMS - CUCU PENCIPTA BERSAMA LEGASI KARTUN THE FLINTSTONES

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan Dave Williams, yang merupakan cucu kepada William Hanna, pencipta bersama The Flintstones, The Jetsons dan ribuan lagi watak kartun.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (1 Mei).
Williams yang bertugas sebagai Kaunselor Ekonomi di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia turut melawat Istana Flintstones di Mersing, semalam (30 April).
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda kerana diberi peluang untuk melawat Istana Flintstones, yang dibina berinspirasikan kartun berkenaan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121