DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA ISTANA NEGARA TERIMA KUNJUNGAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara hari ini (28 April) menerima kunjungan Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Ketibaan Datuk Bandar Kuala Lumpur di pejabat Pentadbiran Istana Negara disambut Tan Sri Dato’ Dr. Azmi sendiri.
Sesi kunjungan berkenaan adalah yang julung kali diadakan sejak Tan Sri Dato’ Dr. Azmi memegang jawatan sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara pada 1 Julai 2025.
