SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-5 YANG AMAT MULIA TUNKU ZAHRAH ZARITH AZIYAH BINTI TUNKU ISMAIL

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-5 YANG AMAT MULIA TUNKU ZAHRAH ZARITH AZIYAH BINTI TUNKU ISMAIL
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-5 YANG AMAT MULIA TUNKU ZAHRAH ZARITH AZIYAH BINTI TUNKU ISMAIL
 
Semoga Allah Rahmati dan Lindungi Cucunda.
 

KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERKUNJUNG KE PEJABAT DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA ISTANA NEGARA

KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERKUNJUNG KE PEJABAT DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA ISTANA NEGARA
KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERKUNJUNG KE PEJABAT DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA ISTANA NEGARA
 
YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini (20 April) telah berkunjung ke pejabat Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja (DPBD) Istana Negara.
Ketibaan Tan Sri KSN pada jam 2.15 petang di pejabat Pentadbiran Istana Negara disambut Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani dan Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara serta Pegawai-pegawai kanan Istana Negara.
Dalam sesi kunjungan berkenaan, Tan Sri KSN telah beramah mesra bersama pegawai-pegawai Istana Negara di samping mengalukan lantikan kontrak Tan Sri Dato’ Dr Azmi yang bersara pada 16 April lalu.
Perkhidmatan Tan Sri Azmi kini diteruskan di Istana Negara sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Kunjungan berkenaan adalah yang pertama diadakan sejak Tan Sri Dato’ Dr. Azmi dilantik sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara pada 1 Julai 2025.
 

SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP PRESIDEN MAJLIS OLIMPIK ASIA

SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP PRESIDEN MAJLIS OLIMPIK ASIA

SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP PRESIDEN MAJLIS OLIMPIK ASIA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Sheikh Joann Hamad Al Thani, Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA).
Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Hadir sama, TYT Hussain Al-Musallam, Ketua Pengarah OCA; TYT Sheikh Faisal Ahmed Al Thani, Pengarah Pejabat Presiden OCA dan TYT Salah Mohammed Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (20 April).

SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP MUFTI JOHOR SEMBAH HAL EHWAL AGAMA

SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP MUFTI JOHOR SEMBAH HAL EHWAL AGAMA

SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP MUFTI JOHOR SEMBAH HAL EHWAL AGAMA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor.
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan serta pengurusan hal ehwal agama negeri Johor.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (17 April).
Hadir sama, Dato’ Ahmad Faisal Mohamed, Timbalan Mufti Johor.

RAJA PERMAISURI AGONG SANTUNI 100 PEJUANG KANSER PADA MAJLIS JAMUAN SAMBUTAN AIDILFITRI

RAJA PERMAISURI AGONG SANTUNI 100 PEJUANG KANSER PADA MAJLIS JAMUAN SAMBUTAN AIDILFITRI

RAJA PERMAISURI AGONG SANTUNI 100 PEJUANG KANSER PADA MAJLIS JAMUAN SAMBUTAN AIDILFITRI 

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Pejuang-Pejuang Kanser yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada hari ini (16 April).
Majlis anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) itu merupakan komitmen berterusan dalam memupuk semangat kebersamaan serta menzahirkan sokongan moral terhadap komuniti pesakit kanser di negeri ini.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan tunai serta cenderahati kepada 100 pejuang kanser.
Selain bertujuan meraikan para pejuang dalam suasana Syawal, majlis turut menjadi platform bagi menghimpunkan rakan-rakan strategik TLJCF bagi memperkukuh jaringan sokongan kebajikan pesakit kanser secara menyeluruh.
Suasana majlis turut diserikan dengan persembahan Yayasan Warisan Johor serta penampilan istimewa pemain biola Adawiya Farikh.
Turut mencuri tumpuan adalah persembahan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Sawah dipimpin oleh Jurulatih
Tari Bebas, Mohd Nurakmal Daim, yang juga bekas pejuang kanser Limfoma tahap 4.
 

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121