SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU TUN AMINAH BINTI SULTAN IBRAHIM

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU TUN AMINAH BINTI SULTAN IBRAHIM

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU TUN AMINAH BINTI SULTAN IBRAHIM

YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim diputerakan pada 8 April 1986 di Johor Bahru. Merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

YAM Tunku Tun Aminah telah dianugerahkan gelaran ‘Tun’ oleh Sultan Ibrahim pada 22 November 2012.

Tunku Tun Aminah juga merupakan Penaung DiRaja untuk acara amal Laksamana Run yang dianjurkan oleh Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJFC) sejak tahun 2017.

Mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos 2017.

Sembah tahniah yang setulusnya kehadapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor atas keputeraan puteri ketiga yang amat diberkati.

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya yang tidak terhingga kehadapan Puteri yang baru dilahirkan, serta mengurniakan kesihatan, ketakwaan, hikmah dalam kehidupannya dan menjadi penyejuk mata dan sumber kebahagiaan yang berpanjangan buat seluruh Kerabat Diraja Johor.

DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA SAMPAIKAN KURNIAAN SUMBANGAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG KEPADA BALU MANGSA KEMALANGAN MAUT DI KLANG

YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara menyampaikan sumbangan kepada Nor Nadia Abd Majid, balu mangsa kemalangan maut di Klang, Selangor, hari ini (6 April).
Kurniaan sumbangan itu adalah daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Hadir sama, Datuk Haji Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara; Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-undang Istana Negara dan Dr. Nadia Monira Mohamed Taib, Setiausaha Sulit kepada KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong.
Hadir sama, ACP Ramsay Anak Embol, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Selangor.
Semasa sesi kunjungan di rumah Allahyarham di Seksyen 16, Shah Alam, satu majlis tahlil ringkas turut diadakan dan majlis tahlil dipimpin oleh pegawai Agama Istana Negara.
Pada 29 Mac lalu, Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut apabila motosikal yang ditunggang Allahyarham dirempuh pemandu yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Klang, Selangor.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang berusia antara dua hingga sembilan tahun.

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT MENERIMA CUCUNDA KETUJUH

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT MENERIMA CUCUNDA KETUJUH

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT MENERIMA CUCUNDA KETUJUH

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dikurniakan cucunda yang ketujuh selepas YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor selamat melahirkan seorang puteri, anakanda kelima DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada Ahad, 5 April 2026.
Pengumuman Diraja dibuat oleh Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dalam satu kenyataan hari ini (6 April).

ISTIADAT MELETAK KERJA PERMULAAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR

ISTIADAT MELETAK KERJA PERMULAAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR

ISTIADAT MELETAK KERJA PERMULAAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR

Upacara sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bermula secara rasminya hari ini (6 April) dengan berlangsungnya Istiadat Meletak Kerja di Istana Besar, Johor Bahru.
Istiadat disempurnakan dengan menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor pada jam 8.30 pagi.
Istiadat bermula dengan perarakan membawa masuk bendera ke Tugu Peringatan Istana Besar oleh 10 anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ), disusuli upacara mengikat bendera.
Upacara menaikkan bendera didahului dengan satu pengisytiharan istiadat oleh Dato’ Obet Tawil, Dato’ Penghulu Istiadat sambil memegang Cokmar Dato’ Penghulu Istiadat diikuti bacaan doa oleh Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor.
Dalam pengisytiharan itu, Dato’ Obet memaklumkan bendera akan berkibar mulai hari ini dan akan diturunkan setelah tamat sambutan Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor.
Istiadat Meletak Kerja turut diiringi pasukan pancaragam dan pelepasan tujuh das tembakan meriam oleh 41 Bateri RAD (Istiadat).
Upacara istiadat turut dihadiri YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan Dato’ Mohammed Ridha Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta barisan tertinggi kepemimpinan Kerajaan Negeri Johor dan ketua-ketua jabatan.
Kali terakhir Istiadat Meletak Kerja diadakan pada November 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121