SULTAN IBRAHIM DIPERSEMBAHKAN TAKLIMAT MENGENAI PERKEMBANGAN SEMASA EKONOMI DAN KESELAMATAN NEGARA

SULTAN IBRAHIM DIPERSEMBAHKAN TAKLIMAT MENGENAI PERKEMBANGAN SEMASA EKONOMI DAN KESELAMATAN NEGARA

SULTAN IBRAHIM DIPERSEMBAHKAN TAKLIMAT MENGENAI PERKEMBANGAN SEMASA EKONOMI DAN KESELAMATAN NEGARA 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi dan keselamatan negara.
Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat kos sara hidup serta langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.
Selain itu, taklimat turut menyentuh aspek keselamatan negara meliputi keselamatan dalam negeri, kawalan sempadan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan.
Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum langkah berjimat yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha memperkukuh kedudukan kewangan negara.
Seri Paduka Baginda bertitah bahawa pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam adalah penting bagi memastikan sumber negara diurus secara cekap dan berkesan, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu.
Sesi taklimat berkenaan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap perkembangan semasa negara.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Hadir sama, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (31 Mac).

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS ‘QSR BRANDS KONGSI BERSAMA DALAM USAHA MEMBANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN’

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS ‘QSR BRANDS KONGSI BERSAMA DALAM USAHA MEMBANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN’

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS ‘QSR BRANDS KONGSI BERSAMA DALAM USAHA MEMBANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN’

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Majlis QSR Brands Kongsi Bersama Dalam Usaha Membantu Pelajar Kurang Berkemampuan di M Hotel, Kuala Lumpur, hari ini (30 Mac).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutuf merangkap Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd. dan barisan pengurusan tertinggi QSR Brands.
Turut hadir, YB Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi.
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan majlis penyerahan cek bernilai RM1 juta daripada Nehchal Khanna kepada penerima sulung sekolah yang terpilih antaranya Sekolah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru (Sekolah Rintis Bangsa Johor) dan Pusat Jagaan Baitul Sakinah, Selangor.
Nehchal dalam ucapannya berkata ‘QSR Brands Kongsi Bersama terinspirasi daripada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang menjadikan usaha memberi kembali kepada masyarakat dan menyokong pembangunan negara sebagai keutamaan, walaupun dalam waktu yang mencabar, kerana itulah jati diri kami’.
‘Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pendidikan dan kebajikan dengan menyediakan asas yang lebih kukuh kepada pelajar-palajar serta peluang bermakna untuk memperbaiki kehidupan mereka’. Katanya.
QSR Brands (M) Holdings Bhd (“QSR Brands”) merupakan jenama rangkaian makanan terkemuka yang mengendalikan KFC dan Pizza Hut Malaysia.

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN DIPERSEMBAHKAN PELAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN DIPERSEMBAHKAN PELAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN DIPERSEMBAHKAN PELAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan mengenai Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).
ONSA 2025 dipersembahkan oleh YB Datuk Ahmad Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi pada sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (30 Mac).
Pelaksanaan ONSA bertujuan menjadikan Internet lebih selamat untuk keluarga dan kanak-kanak, melalui penetapan tanggungjawab yang jelas kepada platform dalam talian.
Selain, ia berperanan sebagai pelaksanaan mekanisme pengesahan umur (age verification) untuk hadkan kanak-kanak di bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial bagi melindungi keselamatan kanak-kanak dan juga keluarga.
YB Datuk Ahmad Fahmi, berkata akta berkenaan juga dalam usaha menangani isu akaun palsu yang mensasarkan Raja-Raja Melayu serta Kerabat Diraja.

 

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa.
Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (30 Mac).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121