YANG DI-PERTUAN AGONG DIPERSEMBAHKAN LAPORAN KEMAJUAN PEMBINAAN MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL

YANG DI-PERTUAN AGONG DIPERSEMBAHKAN LAPORAN KEMAJUAN PEMBINAAN MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL

YANG DI-PERTUAN AGONG DIPERSEMBAHKAN LAPORAN KEMAJUAN PEMBINAAN MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat terkini laporan kemajuan kerja pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil.
Masjid berkenaan dibina hasil peninggalan wang anakanda Seri Paduka Baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang mangkat pada 5 Disember 2015.
Masjid yang dibina di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene itu mampu memuatkan hampir 1,000 jemaah.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini (5 Mac).
Hadir sama, Mohd Radzi Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Nasri Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Ir Zainal Tumian, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐋𝐎𝐋𝐀 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍

𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐋𝐎𝐋𝐀 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍

𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐋𝐎𝐋𝐀 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍

Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara telah menganjurkan program Syahrul Jiddi, iaitu penyerahan sumbangan pek berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur, hari ini (4 Mac).
Sebanyak 350 pek berbuka puasa telah disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara kepada para petugas di Pusat Darah Negara serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Kuala Lumpur.
Ketibaan Tan Sri Dato’ Dr. Azmi disambut Dr. Mohammad Masrin Md Zahrin, Pengarah Pusat Darah Negara serta PKPjB Hj Hassan ‘As’Ari Hj Omar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki dalam keberkatan bulan Ramadan di samping menghargai pengorbanan serta komitmen para petugas barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat kepada masyarakat.
Semoga sumbangan ini membawa keberkatan, kegembiraan dan menjadi tanda penghargaan atas jasa serta dedikasi mereka.
Turut hadir, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela; Datuk Hj. Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara; serta Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-Undang Istana Negara.

Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Supt. Mohd Irwan Rasul, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong atas kenaikan pangkat sebagai Asisten Kom

Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Supt. Mohd Irwan Rasul, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong atas kenaikan pangkat sebagai Asisten Kom

Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Supt. Mohd Irwan Rasul, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong atas kenaikan pangkat sebagai Asisten Komisioner Polis (ACP).

ACP Mohd Irwan telah berkhidmat bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selama 18 tahun sejak tahun 2008 dengan penuh komitmen, kesetiaan dan profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Dalam sesi kunjungan hormat di Pejabat Datuk Pengelola, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi turut menitipkan kata-kata semangat dan penghargaan atas dedikasi serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Seluruh warga Istana Negara merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan agar ACP Mohd Irwan terus cemerlang serta istiqamah dalam menggalas tanggungjawab demi Seri Paduka Baginda dan negara tercinta.

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERASMIAN MASJID UPNM SULTAN IBRAHIM

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERASMIAN MASJID UPNM SULTAN IBRAHIM

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERASMIAN MASJID UPNM SULTAN IBRAHIM

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim di Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini (3 Mac 2026).
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi paduka anakanda, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Hadir sama, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan; Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pengajian Tinggi dan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Masjid UPNM Sultan Ibrahim yang menampilkan seni bina Islamik moden mula dibina pada tahun 2022 dan siap sepenuhnya pada tahun 2024 serta mampu menampung seramai 3,500 jemaah dalam satu masa.
Penamaan Masjid UPNM Sultan Ibrahim adalah selaras dengan kedudukan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Agama Islam, di samping mengambil kira keperibadian dan kepimpinan yang terserlah melalui keteguhan prinsip Baginda.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menunaikan Solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan.

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-93

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-93

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-93

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia serta para veteran yang menabur bakti kepada negara.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa dan pengorbanan seluruh warga tentera darat dalam mempertahankan kedaulatan tanah air serta memelihara keamanan negara.
Sultan Ibrahim, bertitah nilai integriti juga hendaklah menjadi tunjang utama dalam setiap lapisan warga pasukan itu, selain terus berkhidmat dengan penuh profesionalisme demi memastikan Malaysia kekal aman dan berdaulat.
“Al-Fatihah buat para anggota serta veteran yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121