SULTAN IBRAHIM KURNIA SUMBANGAN PERIBADI KEPADA 41 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG TELUK JAWA

SULTAN IBRAHIM KURNIA SUMBANGAN PERIBADI KEPADA 41 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG TELUK JAWA

SULTAN IBRAHIM KURNIA SUMBANGAN PERIBADI KEPADA 41 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG TELUK JAWA

Keprihatinan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terhadap nasib rakyat yang ditimpa musibah dizahirkan menerusi kurniaan bantuan segera kepada mangsa kebakaran di Kampung Teluk Jawa, hari ini (13 Februari).
Seramai 41 keluarga yang terjejas menerima sumbangan peribadi daripada Seri Paduka Baginda iaitu wang tunai sebanyak RM 2,000 setiap keluarga melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Muafakat Taman Megah Ria.
Kurniaan ini antara lain dapat meringankan beban kewangan mangsa yang kebanyakannya adalah nelayan dan bekerja sendiri.
Selain wang tunai, YSIJ turut menyampaikan bantuan barangan keperluan asas melalui 'Kit Bencana’, merangkumi cerek dan periuk nasi elektrik, tilam lipat, t-shirt, telekung dan air mineral.
Sumbangan disampaikan oleh Dato' Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan YSIJ diiringi Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Encik Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru dan YB Liow Cai Tung, ADUN Johor Jaya.
Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Baru dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda di atas kurniaan dan keprihatinan terhadap mangsa kebakaran.
“Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap mangsa kebakaran di Kampung Teluk Jawa ini.
“Pihak kami dan beberapa agensi kerajaan yang lain akan memastikan kesejahteraan semua mangsa sentiasa terpelihara dan mereka mendapat tempat tinggal yang sewajarnya dengan kadar segera,” katanya.
Sementara itu mangsa, Uji Jumaat, 49, manzahirkan rasa syukur di atas sumbangan peribadi daripada Seri Paduka Baginda buat keluarganya yang kini tinggal sehelai sepinggang.
“Tiada apa yang dapat diselamatkan. Dengan sumbangan yang dihulurkan, sekurang-kurangnya kami boleh meneruskan kehidupan. Menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong kerana membantu kami," katanya.
Kebakaran yang berlaku pada 12 Februari, kira-kira jam 7.04 pagi memusnahkan 30 daripada 42 rumah perkampungan Orang Asli yang didirikan di atas air.

PROGRAM BRISK WALK 4.0 ISTANA NEGARA ANJURAN KEKSIN SEMPENA KARNIVAL SUKAN ISTANA NEGARA

PROGRAM BRISK WALK 4.0 ISTANA NEGARA ANJURAN KEKSIN SEMPENA KARNIVAL SUKAN ISTANA NEGARA

PROGRAM BRISK WALK 4.0 ISTANA NEGARA ANJURAN KEKSIN SEMPENA KARNIVAL SUKAN ISTANA NEGARA

Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) hari ini (13 Februari) telah menganjurkan program Brisk Walk 4.0 Istana Negara.
Program telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara selaku Penaung KEKSIN. Turut hadir Puan Sri Datin Dato’ Dr Hajah Noor Azizah Abdul Latiff.
Program brisk walk berkenaan merupakan acara pertama sempena Karnival Sukan Istana Negara yang akan diadakan pada bulan April 2026.
Program berkenaan telah melibatkan penyertaan lapan rumah sukan iaitu kira-kira 300 peserta terdiri daripada warga Istana Negara, pasukan keselamatan dan petugas pengurusan fasiliti.
Rumah sukan yang terlibat adalah 𝐵𝑙𝑢𝑒 𝐷𝑟𝑎𝑔𝑜𝑛; 𝑊ℎ𝑖𝑡𝑒 𝑊𝑜𝑙𝑓; 𝑅𝑒𝑑 𝑆𝑐𝑜𝑟𝑝𝑖𝑜𝑛; 𝐵𝑙𝑎𝑐𝑘 𝑃𝑎𝑛𝑡ℎ𝑒𝑟; 𝑂𝑟𝑎𝑛𝑔𝑒 𝑇𝑖𝑔𝑒𝑟; 𝐺𝑟𝑒𝑒𝑛 𝑆𝑛𝑎𝑘𝑒; 𝑃𝑢𝑟𝑝𝑙𝑒 𝑆𝑡𝑎𝑙𝑙𝑖𝑜𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑌𝑒𝑙𝑙𝑜𝑤 𝐿𝑖𝑜𝑛.
Hadir sama, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela; Encik Zulkifly Yunus, Pengerusi KEKSIN; Datuk Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara; Datuk Wira Haji Nazim Mohd Alim, Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Datuk Zulharry Abdul Abdul Rashid, Penasihat Undang-undang.
Objektif penganjuran program ini selain daripada mengukuhkan ikatan ukhwah di kalangan warga Istana Negara, ianya juga dapat melahirkan warga kerja Istana Negara yang sihat.

ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada P/Supt Noorazman Ismail

 ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada P/Supt Noorazman Ismail

 ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada P/Supt Noorazman Ismail

Tan Sri Dato' Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada P/Supt Noorazman Ismail yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara.
Pelantikan P/Supt Noorazman berkuatkuasa pada 10 Februari 2026.
Pelantikan P/Supt Noorazman adalah bagi
menggantikan ACP Radin Ramlan Radin Taha yang memulakan tugas baharu sebagai Ketua Polis Daerah (OCPD) Johor Bahru Utara, Johor.
P/Supt Noorazman sebelum ini bertugas di Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor.
Seluruh warga Istana Negara mengucapkan selamat datang dan selamat menabur bakti dengan penuh dedikasi di Istana Negara.

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-271

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-271

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-271

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-271 (hari kedua) di Istana Negara, hari ini (12 Februari).
MRR ke-271 dipengerusikan oleh KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Turut hadir, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-271

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-271

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-271

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-271 di Istana Negara, hari ini (11 Februari).
MRR ke-271 dipengerusikan oleh KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Berangkat sama, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor sebagai wakil rasmi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121