RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MELAWAT MASJID SHEIKH ZAYED ABU DHABI

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MELAWAT MASJID SHEIKH ZAYED ABU DHABI

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MELAWAT MASJID SHEIKH ZAYED ABU DHABI

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat Masjid Sheikh Zayed, di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hari ini (9 Februari).
Masjid yang dibuka pada tahun 2007 itu adalah hasil visi pengasas negara itu, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan, dan merupakan salah sebuah masjid terbesar di dunia yang mampu memuatkan kira-kira 55,000 jemaah.
Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
Keberangkatan tiba rombongan diraja telah disambut oleh Dr Yousif Abdallah Alobaidli, Ketua Pengarah Masjid Sheikh Zayed, dan Raja Permaisuri Agong telah meluangkan masa kira-kira satu jam untuk dipersembahkan taklimat sambil meninjau persekitaran masjid itu.

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MELAWAT MUZIUM LOUVRE ABU DHABI

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MELAWAT MUZIUM LOUVRE ABU DHABI

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MELAWAT MUZIUM LOUVRE ABU DHABI

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat ke muzium seni Louvre Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam, (6 Februari).
Binaan hasil kerjasama dua hala antara UAE dan Perancis ini telah dibuka pada tahun 2017 dan mengandungi salah sebuah koleksi kesenian yang terbaik di dunia, serta menarik jutaan pelancong setiap tahun.
Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.
Seri Paduka Baginda telah meluangkan masa lebih sejam melihat koleksi berkenaan, khususnya lukisan dan ukiran arca oleh Picasso, Monet, Mondrian, Gauguin dan lain-lain.
Oleh sebab Raja Zarith Sofiah pernah mempelajari Sejarah Kesenian (History of Art) semasa di sekolah, Seri Paduka Baginda memahami bagaimana penggiat seni lukis dari dunia Barat menjadi ilham kepada pelukis dan ahli seni di dunia Timur, termasuk dari negara-negara Arab.
Raja Permaisuri Agong mempunyai minat yang mendalam pada seni lukis, yang diwarisi daripada ayahanda, Almarhum Sultan Idris Shah II.
Seri Paduka Baginda juga rajin menghasilkan karya lukisan sendiri di masa lapang, dan ada hasil lukisan yang pernah dipamerkan serta dijual untuk mengumpul dana bagi amal kebajikan.
*turut disertakan beberapa gambar hasil lukisan oleh KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP TIMBALAN PANGLIMA TENTERA DARAT YANG BAHARU

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP TIMBALAN PANGLIMA TENTERA DARAT YANG BAHARU

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP TIMBALAN PANGLIMA TENTERA DARAT YANG BAHARU

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD).
Dato’ Mohamad Suria dilantik sebagai TPTD ke-28 pada Januari lalu.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menzahirkan ucapan tahniah kepada Dato’ Mohamad Suria di atas pelantikan sebagai TPTD yang baharu.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (7 Februari).

SULTAN IBRAHIM BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PERNIKAHAN ANAK PENGERUSI EKSEKUTIF ASTAKA PADU

SULTAN IBRAHIM BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PERNIKAHAN ANAK PENGERUSI EKSEKUTIF ASTAKA PADU

SULTAN IBRAHIM BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PERNIKAHAN ANAK PENGERUSI EKSEKUTIF ASTAKA PADU

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis perkahwinan anak perempuan, Dato’ Dr Daing A Malek Daing A Rahaman, Pengerusi Eksekutif Astaka Padu.
Majlis perkahwinan Daing Fatin Nurasyiqin Dato’ Dr Daing A Malek dan Yousef Aba Zia
berlangsung di Forest City Golf Hotel, Gelang Patah pada hari ini (6 Februari).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Dato’ Dr Daing A. Malek serta pengantin lelaki sebelum mengiringi ke dewan utama bagi memulakan acara akad nikah.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Negeri Johor.
Dato’ Dr Daing A Malek juga merupakan ahli Jumaah Majlis DiRaja Johor.
Seri Paduka Baginda turut menyaksikan acara pembatalan air sembahyang dan menyarung cincin pasangan pengantin sebelum berangkat ke majlis santapan.

SALAM JUMAAT

SALAM JUMAAT

SALAM JUMAAT

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121