YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA AUDIT NEGARA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA AUDIT NEGARA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA AUDIT NEGARA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YBhg Dato’ Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, hari ini (4 Februari).

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTERA UDARA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTERA UDARA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTERA UDARA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Jeneral Dato’ Seri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara.
Hadir sama, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Khusairi Ahmad Fadli, Panglima Bantuan Udara.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (3 Februari).

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, pelaksanaan program pembangunan ummah serta inisiatif pengukuhan syiar Islam di peringkat Persekutuan.
Hadir sama, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (3 Februari).

SALAM NISFU SYAABAN

SALAM NISFU SYAABAN

SALAM NISFU SYAABAN

PERMAISURI AGONG BERAMAH MESRA BERSAMA PELANCONG DI ISTANA NEGARA

PERMAISURI AGONG BERAMAH MESRA BERSAMA PELANCONG DI ISTANA NEGARA

PERMAISURI AGONG BERAMAH MESRA BERSAMA PELANCONG DI ISTANA NEGARA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sewaktu dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Johor Bahru hari ini telah berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan kumpulan pelancong di Istana Negara.
Seri Paduka Baginda meluangkan masa turun daripada kenderaan dan bersalaman bersama lebih 100 orang pelancong dari pelbagai negara di pintu masuk utama Istana Negara sebelum meneruskan perjalanan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121