RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ILHAM SENI DIRAJA

RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ILHAM SENI DIRAJA

RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ILHAM SENI DIRAJA

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Ilham Seni Diraja (PISD) yang berlangsung di Dewan Santapan Utama, Istana Negara, pada hari ini (29 Januari).
Turut berangkat, DYAM Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, Raja Dihilir Perak; DYAM Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Raja Puan Muda Perak, dan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.
Program Ilham Seni Diraja merupakan program perintis hasil cetusan idea Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang memberi tumpuan kepada pembangunan potensi, bakat serta pembentukan sahsiah pelajar sekolah terpilih daripada golongan B40 di sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 200 peserta terpilih untuk menyertai program itu dan akan diberikan pendedahan menyeluruh terhadap bidang kebudayaan dan seni kreatif menerusi pendekatan mentorship melibatkan tenaga pengajar profesional daripada agensi-agensi kerajaan serta penggiat seni tanah air.
Sepanjang pelaksanaan program, para peserta akan mengikuti latihan dan pembelajaran merangkumi enam kluster utama, iaitu Kluster Seni Suara dan Instrumen, Kluster Seni Tari, Kluster Produksi dan Pengurusan Pentas, Kluster Artistik serta Kluster Lakonan.
Persembahan utama majlis menyaksikan kesemua pelajar PISD buat julung kalinya mempersembahkan nyanyian koir yang dipimpin oleh Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala, teater “Puteri Seri Embun”, sebuah pementasan yang diangkat daripada karya penulisan Raja Permaisuri Agong turut dipersembahkan.
Teater ini merupakan kemuncak bagi Program Ilham Seni Diraja yang bakal menyaksikan kesemua peserta terlibat secara langsung dalam penghasilan persembahan teater yang dijadualkan berlangsung pada akhir 2026.
Program Ilham Seni Diraja akan dilaksanakan oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dengan sokongan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan, antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia; Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan; Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Budaya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia; Persatuan Seniman Malaysia dan Persatuan Karyawan Malaysia.
Pelaksanaan program berkenaan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam memperkasa pembangunan modal insan melalui seni dan budaya, sekali gus membuka peluang kepada generasi muda untuk mengembangkan bakat serta potensi diri ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

HARI ULANG TAHUN PELANTIKAN DYAM TUNKU ISMAIL SEBAGAI TUNKU MAHKOTA JOHOR

HARI ULANG TAHUN PELANTIKAN DYAM TUNKU ISMAIL SEBAGAI TUNKU MAHKOTA JOHOR

HARI ULANG TAHUN PELANTIKAN DYAM TUNKU ISMAIL SEBAGAI TUNKU MAHKOTA JOHOR

Pada 28 Januari 2010, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim berkenan melantik putera sulung Baginda, DYAM Tunku Ismail, Raja Muda pada ketika itu, sebagai Tunku Mahkota Johor.

Istiadat bersejarah ini berlangsung susulan pemasyhuran DYMM Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010.

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT PULANG SELEPAS MENGAKHIRI LAWATAN KHAS DI ST PETERSBURG

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT PULANG SELEPAS MENGAKHIRI LAWATAN KHAS DI ST PETERSBURG

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT PULANG SELEPAS MENGAKHIRI LAWATAN KHAS DI ST PETERSBURG 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan khas selama tiga hari di St Petersburg, Persekutuan Rusia bermula 25 Januari lalu.
Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah di atas jemputan khas Tuan Yang Terutama (TYT) Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia.
Terdahulu, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulkovo, Saint Petersburg hari ini (25 Januari) pada jam (4.16 petang) waktu tempatan Persekutuan Rusia.

YANG DI-PERTUAN AGONG LAWAT LENRESERVE MUSEUM - PAMER SEJARAH PENGEPUNGAN LENINGRAD

YANG DI-PERTUAN AGONG LAWAT LENRESERVE MUSEUM - PAMER SEJARAH PENGEPUNGAN LENINGRAD

YANG DI-PERTUAN AGONG LAWAT LENRESERVE MUSEUM - PAMER SEJARAH PENGEPUNGAN LENINGRAD 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat LenReserve Museum di St Petersburg, pada hari ini (27 Januari).
Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda ialah Evgeny Dmitrievich Grigoriev, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri St Petersburg dan TYT Dato’ Cheong Loon Lai, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia.
Ia merupakan antara muzium paling unik di St Petersburg dengan pendekatan pameran yang menampilkan suasana sebenar kehidupan ketika Perang Dunia Kedua, khususnya semasa Pengepungan Leningrad.
Muzium berkenaan juga mempamerkan koleksi kenderaan tentera, senjata, pakaian, serta barangan harian yang digunakan oleh rakyat ketika tempoh pengepungan yang berlangsung hampir 900 hari dari tahun 1941 hingga 1944.
Berbeza dengan konsep muzium tradisional, LenReserve menampilkan sistem pencahayaan dramatik serta kesan bunyi bagi mewujudkan pengalaman lebih imersif kepada pengunjung, seolah-olah berada dalam suasana sebenar era peperangan.
Antara tarikan utama ialah paparan jalan bandar yang dibina semula, hospital medan, bengkel pembaikan kenderaan tentera serta kediaman rakyat yang mencerminkan kesukaran hidup ketika bekalan makanan amat terhad.

DIPLOMASI DIRAJA: PRESIDEN PUTIN SAMBUT SULTAN IBRAHIM DI MUZIUM IKONIK HERMITAGE

DIPLOMASI DIRAJA: PRESIDEN PUTIN SAMBUT SULTAN IBRAHIM DI MUZIUM IKONIK HERMITAGE

DIPLOMASI DIRAJA: PRESIDEN PUTIN SAMBUT SULTAN IBRAHIM DI MUZIUM IKONIK HERMITAGE

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disambut mesra Tuan Yang Terutama (TYT) Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia di Muzium Hermitage, St Petersburg pada hari ini (26 Januari).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke Muzium Hermitage, antara yang berprestij di dunia mencerminkan penghormatan tinggi kerajaan Persekutuan Rusia terhadap hubungan persahabatan kedua-dua pemimpin.
Muzium yang ditubuhkan pada tahun 1755 merupakan antara muzium seni dan kebudayaan terbesar serta tertua di dunia, dengan menempatkan koleksi lebih tiga juta karya seni dan artifak.
Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa dengan diiringi Presiden Putin meninjau sebahagian koleksi bersejarah dan karya seni bertaraf dunia yang dipamerkan di muzium berkenaan.
Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah di atas jemputan khas Presiden Putin, sekali gus melambangkan peranan penting Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara.
Pada Ogos tahun lalu, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Moscow bagi mengadakan Lawatan Negara dan melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada tahun 1967.
Seri Paduka Baginda turut berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Kazan, Republik Tatarstan pada tahun lalu.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121