RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT ZIARAH MANTAN PENGIRING RAPAT BAGINDA YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT ZIARAH MANTAN PENGIRING RAPAT BAGINDA YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT ZIARAH MANTAN PENGIRING RAPAT BAGINDA YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarahi Sarjan Anis Nazia Mohd Nazri, mantan Pengiring Rapat Seri Paduka Baginda di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini (24 Januari).
Sarjan Anis Nazia, 39, pernah berkhidmat sebagai Pengiring Rapat kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Johor bermula pada tahun 2008 hingga 2018.
Sarjan Anis Nazia yang ketika ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dimasukkan ke unit rawatan rapi HKL akibat pendarahan otak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 14 Januari di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Dato’ Dr. Harikrishna K.R Nair, Pengarah HKL dan Dato’ Mohd Azani Omar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda mendoakan semoga Sarjan Anis diberi kesembuhan segera dan dapat kembali bertugas seperti sedia kala serta dipermudahkan segala urusan beliau dan keluarga.

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

RAJA PERMAISURI AGONG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR

RAJA PERMAISURI AGONG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR

RAJA PERMAISURI AGONG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) bagi tahun 2025/2026 pada hari ini (22 Januari).
Mesyuarat yang berlangsung di Istana Polo, Pasir Pelangi turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah TLJCF, Dato’ Ismail Karim dan Dato’ Dr Mohd Khairi Yakub dan Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa serta Ketua Pegawai Eksekutif TLJCF, Mohd Ikmal Izam Zaini.
Hadir sama, setiausaha syarikat, Lilian Low, juruaudit syarikat, Huang Shze Jun serta ketua-ketua unit TLJCF.
Pembentangan laporan prestasi serta pencapaian TLJCF bagi tahun 2025 turut dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan TLJCF seperti Perancangan Sambutan 10 Tahun Penubuhan, Laksamana Run, Konsert Amal dan program kesedaran kanser.
TLJCF turut melaporkan keberkesanan program sokongan komuniti melalui siri lawatan kebajikan ke rumah dan wad pesakit yang dijalankan secara konsisten sepanjang tahun.
Selain itu, mesyuarat turut membentangkan perancangan strategik bagi tahun 2026 yang akan memberi tumpuan kepada baik pulih kemudahan fasiliti bagi pesakit kanser, program bagi mengumpul dana dan inisiatif sokongan pesakit bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara lebih meluas.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, TLJCF telah berjaya membantu lebih 4,839 kes melibatkan peruntukan dana melebihi RM13.5 juta.
Dana berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membiayai kos rawatan pesakit serta penyediaan kemudahan fasiliti di hospital-hospital kerajaan di negeri Johor.

ULANG TAHUN KEMANGKATAN ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI SULTAN ISMAIL

ULANG TAHUN KEMANGKATAN ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI SULTAN ISMAIL

ULANG TAHUN KEMANGKATAN ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI SULTAN ISMAIL

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum, mengampunkan segala khilafnya, serta menempatkan Baginda bersama-sama golongan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh. Segala sumbangan dan kepimpinan Baginda dalam memayungi kedaulatan Negeri Johor akan terus terpahat di hati seluruh Bangsa Johor.

Al-Fatihah.

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA WATIKAH PELANTIKAN 12 KETUA PERWAKILAN ASING KE MALAYSIA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA WATIKAH PELANTIKAN 12 KETUA PERWAKILAN ASING KE MALAYSIA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA WATIKAH PELANTIKAN 12 KETUA PERWAKILAN ASING KE MALAYSIA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, hari ini (20 Januari).
Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Sandor Sipos, Duta Besar Hungary; TYT Manjurul Karim Khan Chowdhury, Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh; TYT Abdoul Aziz Loum, Duta Besar Republik Senegal dan TYT Jehad Fouad Mabrouk Alqedra, Duta Besar Palestin.
Selain itu, TYT Peter Spisiak, Duta Besar Republik Slovak; TYT Maher Kheir, Duta Besar Republik Lubnan; TYT Diego Pelufo Acosta y Lara, Duta Besar Republik Oriental Uruguay dan TYT Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi, Duta Besar Arab Saudi.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada TYT Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia; TYT Marc Abensour, Duta Besar Republik Perancis; TYT Ibrahim Bileh Doualeh, Duta Besar Republik Djibouti dan TYT Luiz Manuel de Magalhães de Albuquerque Veloso, Duta Besar Republik Portugal.
Hadir sama istiadat hari ini, YB Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri; Dato’ Sri Amran Mohd Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121