SULTAN IBRAHIM SIFATKAN PERASUAH SEBAGAI PENGKHIANAT NEGARA

SULTAN IBRAHIM SIFATKAN PERASUAH SEBAGAI PENGKHIANAT NEGARA

SULTAN IBRAHIM SIFATKAN PERASUAH SEBAGAI PENGKHIANAT NEGARA 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan kes rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke peringkat tertinggi.
Seri Paduka Baginda, bertitah segala perancangan yang dilaksanakan tidak akan sempurna jika amalan rasuah masih berleluasa.
“Agaknya selepas ini saya patut lantik Sarjan sahaja menjadi PAT (Panglima Angkatan Tentera). Saya pernah sebut dahulu, yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah, dan nampaknya saya telah berjaya jumpa.
“Ini hanyalah ‘sekelumit daripada segunung’ atau ‘the tip of the iceberg’. Saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di Jabatan Kastam, Imigresen, Polis dan sebagainya, serta termasuk juga yang berada di dalam dewan ini, yang akan terus diburu sampai jumpa,” titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada hari ini (19 Januari).
Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran dan rakyat perlu menjadi mata dan telinga dengan melaporkan sebarang salah laku.
Yang di-Pertuan Agong turut bertitah bahawa bukan sahaja penerima rasuah wajar disiasat, malah pemberi rasuah serta ejen yang bersubahat juga mesti dikenakan tindakan tegas.
Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menjalankan siasatan dengan pantas, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan, selain kerajaan disaran menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.
Sultan Ibrahim bertitah, mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam bahawa jawatan yang disandang merupakan amanah rakyat dan negara.
“Sesiapa yang menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau melindungi perasuah adalah dianggap sebagai pengkhianat negara’,” titah Seri Paduka Baginda.

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, di Istana Bukit Tunku, hari ini (18 Januari).
Seri Paduka Baginda meluangkan kira-kira satu jam bersama Mohamed Khaled untuk dipersembah perkembangan dan perancangan semasa kementerian.

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
 
YAB Perdana Menteri mempersembahkan mengenai perkembangan semasa hal ehwal negara serta perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat.
 
Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (17 Januari).

SALAM ISRAK MIKRAJ 1447H

SALAM ISRAK MIKRAJ 1447H

SALAM ISRAK MIKRAJ 1447H

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN LUAR NEGERI

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN LUAR NEGERI

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN LUAR NEGERI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan semasa berkaitan situasi geo-politik antarabangsa.
Hadir sama, TYT Abu Bakar Mamat, Setiausaha Bahagian Eropah, Kementerian Luar Negeri.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (16 Januari).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121