YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENANDATANGANI AKTA ANTIBULI 2026

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENANDATANGANI  AKTA ANTIBULI 2026

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENANDATANGANI AKTA ANTIBULI 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini (10 Januari).
 
Akta itu telah digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember 2025 bagi mewujudkan suatu mekanisme khusus untuk menangani kes buli bagi kesemua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawahnya.
 
Di bawah akta ini, Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Menteri Pertahanan,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk menguruskan dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing.
 
Tribunal bagi Antibuli juga akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa dan memberikan apa-apa pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli itu.

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN KURNIAKAN MASJID BAHARU DI BATU MUDA, KUALA LUMPUR

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN KURNIAKAN MASJID BAHARU DI BATU MUDA, KUALA LUMPUR

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN KURNIAKAN MASJID BAHARU DI BATU MUDA, KUALA LUMPUR

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini (9Januari) bertitah berkenan mengurniakan sebuah masjid bagi penduduk di kawasan Batu Muda, Kuala Lumpur.
 
Seri Paduka Baginda bertitah demikian kepada Datuk Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang diperkenankan mengadap di Istana Bukit Tunku.
 
Turut hadir, TPr. Hj. Rosli bin Nordin, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, DBKL.
 
Tapak masjid seluas dua ekar yang telah diperkenankan terletak di sekitar PPR Batu Muda.
 
“Sudah lama saya simpan hajat untuk memberi sebuah masjid untuk penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan setelah berbincang dengan Datuk Bandar, hari ini pada Jumaat yang mulia, hajat ini dapat dizahirkan.”
 
“Seluruh kos berkaitan pembinaan masjid ini akan ditanggung oleh saya sendiri. Reka bentuknya juga saya tentukan untuk diambil berasaskan Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru. Semoga ianya bermanfaat bagi semua, dunia dan akhirat, In Shaa Allah,” titah Yang di-Pertuan Agong.

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG & REFORMASI INSTITUSI)

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG & REFORMASI INSTITUSI)

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG & REFORMASI INSTITUSI)

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), di ibu negara, hari ini (9 Januari).
 
Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan taklimat isu-isu semasa perihal perundangan dalam negara oleh Dato’ Sri Azalina, yang turut menyentuh soal pengukuhan tatakelola serta usaha reformasi institusi ke arah memerangi rasuah.
 
Sultan Ibrahim bertitah, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dipelihara serta dipertahankan.
 
“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah.”
 
“Pemeliharaan dua aspek Rukun Negara itu amat penting kerana ia memberi kesan secara langsung ke atas tahap kepercayaan rakyat kepada integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara,” titah Seri Paduka Baginda.

SALAM JUMAAT

SALAM JUMAAT

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA SETIAUSAHA NEGARA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA SETIAUSAHA NEGARA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA SETIAUSAHA NEGARA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
 
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (8 Januari).
 
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai isu-isu semasa perkhidmatan awam oleh Tan Sri Shamsul Azri serta memperkasa tatakelola dan pengukuhan urus tadbir.
 
Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan nasihat kepada seluruh penjawat awam supaya sentiasa mengekalkan integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.
 
Seri Paduka Baginda, bertitah bahawa penjawat awam merupakan tunjang utama kepada pentadbiran negara serta memainkan peranan penting dalam memastikan dasar dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
 
Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kepentingan budaya kerja berteraskan nilai kejujuran, ketelusan dan kecekapan, selain menolak sebarang bentuk salah guna kuasa, rasuah serta penyelewengan hingga boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121