Tan Sri Dato' Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja dan seluruh warga Istana Negara mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir, Juruiring Tentera Laut kepada KDYMM SPB Yang di-P

Tan Sri Dato

Tan Sri Dato' Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja dan seluruh warga Istana Negara mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir, Juruiring Tentera Laut kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang akan bertukar keluar pada 22 Disember 2025

Laksma Mohd Razib yang berkhidmat di Istana Negara selama dua tahun akan memulakan tugas baharu beliau sebagai Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.
Istana Negara turut merakamkan setinggi-tinggi perhargaan atas segala jasa, dedikasi dan khidmat bakti Laksma Mohd Razib sepanjang berkhidmat di Istana Negara.
Segala sumbangan beliau kepada Institusi Istana Negara akan sentiasa disanjungi dan dikenang dengan penuh penghargaan.

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… 𝐑𝐀𝐉𝐀 ππ„π‘πŒπ€πˆπ’π”π‘πˆ π€π†πŽππ†

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… 𝐑𝐀𝐉𝐀 ππ„π‘πŒπ€πˆπ’π”π‘πˆ π€π†πŽππ†
Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program inisiatif KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Istana Negara.
Hadir sama, En Mohd Amran Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara (JKKN); Prof. Dr. Tan Awang Besar, Rektor Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA); dan En Hishamuddin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).
Mesyuarat turut dihadiri penggiat seni dan budaya tanah air antaranya, Dato' Zahim Al-Bakri (pengarah & pelakon teater prolifik), Dato' Syafinaz Selamat (penyanyi dan guru vokal), Dato' Freddie Fernandez (Presiden Persatuan Karyawan Malaysia), Dato' Sri Raja Rezza Shah Raja Aman Shah serta YM Raja Malek (pereka set pentas teater Puteri Gunung Ledang) dan ketua-ketua Jabatan terlibat.
Program yang akan dilancarkan tidak lama lagi merupakan program perintis cetusan idea KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah untuk pelajar-pelajar B40 terpilih sekitar Kuala Lumpur.
Terima kasih atas pandangan dan penglibatan menyeluruh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Budaya, ASWARA, FINAS dan Persatuan Seniman Malaysia.

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 (πŒππ‰) πˆπ’π“π€ππ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 (πŒππ‰)  πˆπ’π“π€ππ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 (πŒππ‰) πˆπ’π“π€ππ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Encik Mohd Hafizsyafuddin Suhaimi, Ketua Pegawai Pentadbir Istana Negara mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di Bilik Mesyuarat Utama, Istana Negara, hari ini (12 Disember).
Mesyuarat MBJ yang diurusetiakan Seksyen Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia berperanan penting bagi kedua-dua pihak pengurusan dan pekerja untuk membincangkan isu kebajikan kakitangan serta penambahbaikan organisasi Istana Negara.
Turut hadir, Pengerusi wakil pekerja, Ustaz Razi Hasan yang juga Penolong Pegawai Agama Istana Negara.
Diharapkan MBJ dapat dimanfaatkan sebaiknya dan memberikan perkhidmatan terbaik serta terus menyumbangkan idea-idea inovatif demi kecemerlangan pengurusan Istana Negara.

MENEROKA PELUANG PEGAWAI JCS PERTINGKATKAN ILMU DAN KEUPAYAAN BERSAMA OCIS

MENEROKA PELUANG PEGAWAI JCS PERTINGKATKAN ILMU DAN KEUPAYAAN BERSAMA OCIS

MENEROKA PELUANG PEGAWAI JCS PERTINGKATKAN ILMU DAN KEUPAYAAN BERSAMA OCIS

Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (PTNJ/JCS) dan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) meneroka peluang kerjasama bagi mewujudkan satu program khas untuk meningkatkan ilmu dan tahap keupayaan JCS dalam penyediaan perkhidmatan kepada rakyat.
Diilhamkan oleh KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, kerjasama yang dicadangkan ini juga bagi melatih dan melahirkan pegawai muda yang lebih dinamik serta berkebolehan, seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor untuk sentiasa meningkatkan tahap keupayaan JCS.
β€œSejarah menunjukkan banyak aspek sistem pentadbiran kita disesuaikan daripada United Kingdom. Program kerjasama ini akan meningkatkan pengetahuan tentang amalan pembuatan keputusan dalam kerajaan, seperti contoh di Whitehall, yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan England.
β€œIlmu ini akan membuka mata dan membantu JCS dalam merangka serta menyediakan perkhidmatan awam yang lebih baik untuk rakyat,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
Raja Zarith Sofiah bertitah demikian selepas mengadakan lawatan ke OCIS di Oxford, United Kingdom semalam (11 Disember).
Turut diutarakan, penglibatan Pegawai Tadbir Agama Johor untuk turut serta dengan rakan-rakan JCS dalam program bersama OCIS bagi tujuan yang sama.
β€œIni juga penting dan bermanfaat bagi pegawai berkenaan kerana OCIS menekankan aplikasi ilmu pengetahuan Islam dalam pelbagai bidang disiplin seperti ekonomi, pembangunan antarabangsa dan sejarah,” titah Raja Zarith.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda telah disambut oleh Dr. Farhan Ahmad Nizami, Pengarah OCIS.
Pusat ini ditubuhkan pada tahun 1985, sebagai sebuah institusi yang menjalankan kajian lanjutan mengenai Islam dan dunia Islam.
Pentadbiran pusat ini dikendalikan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dianggotai oleh para sarjana serta tokoh kenegaraan dari seluruh dunia, dan Timbalan Pengerusi lembaga ini adalah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Lawatan Raja Permaisuri Agong diiringi Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; Dato’ Dr Badrul Hisham Kassim, Pengarah Akademi JCS; Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Negeri Johor; dan YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐙𝐀𝐇 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆπ’π“π€ππ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐙𝐀𝐇 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆπ’π“π€ππ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“
Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Istana Negara Tahun 2025 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Seramai 30 orang warga Istana Negara telah menyertai kursus ini yang melibatkan pelbagai Bahagian/Seksyen terdiri daripada 20 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta wanita.
Kursus ini berlangsung selama dua hari iaitu hari pertama dengan sesi teori dan praktikal di Istana Negara. Manakala pada hari kedua dengan praktikal pengurusan jenazah sebenar di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh.
Pada hari pertama kursus dimulakan dengan ceramah teori pengurusan jenazah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Mukhlis bin Rahim, Penolong Pengarah JAWI dan diikuti dengan amali pengurusan jenazah dengan bimbingan oleh 4 orang fasilitator.
Pada hari kedua, para peserta telah diberikan peluang untuk menguruskan jenazah yang sebenar. Jenazah yang diuruskan ialah jenazah wanita muallaf berwaris (baru memeluk islam sehari sebelum meninggal dunia), jenazah lelaki dewasa dan bayi (8 bulan dalam kandungan) yang tidak mempunyai waris. Para peserta telah menguruskan kesemua jenazah ini bermula dengan memandikan, mengkafankan, solat hingga mengiringi kesemua jenazah ke liang lahad untuk dikebumikan. Pengurusan jenazah ini dilakukan dengan teliti, tertib dan penuh rasa amanah.
Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azuan Effendy bin Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara.
Turut hadir ke majlis ini ialah YBrs. Ustaz Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan Ustaz Razi bin Hassan, Penolong Pegawai Agama Istana Negara.
Dalam ucapan penutup, YBhg. Datuk Paduka Maharaja Lela berkata ilmu pengurusan jenazah sangat penting kerana ia adalah fardu kifayah yang sangat dituntut, menjaga kehormatan (karamah) Muslim, mengukuhkan iman, memastikan jenazah diurus mengikut syariat, dan melatih kita mengenali hakikat kematian serta memperingatkan kita akan akhirat.
Beliau juga telah mengumumkan penubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Istana Negara yang akan dianggotai oleh para peserta yang terlibat dengan kursus ini.
Dalam masa yang sama, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kepada JAWI atas kerjasama dan tenaga penceramah dan fasilitator yang sangat berpengalaman,serta kepada semua urus setia dan peserta yang menjayakan kursus ini.
Semoga kursus ini dapat dilaksanakan pada setiap tahun bagi memberikan pendedahan berkaitan pengurusan jenazah kepada warga Istana Negara.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121