RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

KDYMM SPB Seri Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap Dato’ Mohammed Ridha Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan isteri, Datin Siti Azizah Omar.
Pertemuan rasmi Dato’ Ridha dan isteri hari ini diadakan selepas beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang ke-26 pada 20 Februari lepas.
Hadir sama, isteri Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Puan Sri Datin Dr Noor Azizah Abdul Latiff.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini (26 Jun)

RAJA PERMAISURI AGONG PANTAU PERKEMBANGAN PROGRAM ILHAM SENI DIRAJA

RAJA PERMAISURI AGONG PANTAU PERKEMBANGAN PROGRAM ILHAM SENI DIRAJA

RAJA PERMAISURI AGONG PANTAU PERKEMBANGAN PROGRAM ILHAM SENI DIRAJA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap kumpulan tenaga pengajar program Ilham Seni Diraja di Istana Negara, semalam (25 Jun).
Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan taklimat oleh Puan Sri Tiara Jaquelina, pengasas Akademi Enfiniti selaku badan pelaksana program perintis itu, tentang perjalanan dan perkembangannya sejak dilancarkan pada bulan 29 Januari tahun ini.
Ia bertujuan memberi ruang pertumbuhan yang sihat dalam bidang seni dan budaya bagi pelajar B40, agar terlindung dari anasir gejala sosial.
Seramai 200 pelajar bersama 14 guru daripada tujuh buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terlibat dalam program ini di bawah kelolaan Istana Negara, Kementerian Pendidikan dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Para pelajar diberi pendedahan dan latihan kepada cabang-cabang persembahan kesenian seperti lakonan, musik, fesyen, serta pelbagai aspek pengurusan di belakang tabir sesebuah pementasan.
“Hasrat saya adalah supaya program ini menjadi satu saluran yang membina perwatakan individu dan persahabatan yang positif untuk anak-anak ini agar menjauhkan mereka daripada pengaruh gejala sosial.
“Ia juga menjadi satu pendedahan kepada peluang kerjaya dalam bidang ini bagi yang benar-benar berminat dan cenderung ke arah kesenian dan kebudayaan,” titah Raja Permaisuri Agong.

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-10

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-10

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-10

Semoga Allah Rahmati dan Lindungi Cucunda.

SULTAN IBRAHIM KURNIA BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA 14 PENERIMA

SULTAN IBRAHIM KURNIA BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA 14 PENERIMA

SULTAN IBRAHIM KURNIA BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA 14 PENERIMA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan majlis penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2026 di Istana Negara, hari ini (24 Jun).
Turut hadir, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Dato’ Jamalulail Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan biasiswa bagi pengajian di bidang Doktor Falsafah (PhD) kepada tujuh penerima dan tujuh penerima lagi di peringkat Sarjana (Penyelidikan).
Penerima BYDPA di peringkat PhD ialah Afiefah Zulkifli (Universiti Putera Malaysia - Pemakanan); Aiman Zakuan Azman (Universiti Kebangsaan Malaysia - Farmakologi & Farmasi; Chua Hui Qi (UPM - Matematik dan Statistik) dan Giroon Ijod (UPM - Pemakanan).
Selain itu, penerima peringkat PhD ialah Haimon Franklin (UKM - Biologi); Lee Yu Shi (Universiti Malaya - Catalysis) dan Waywen Loh Chang Yuan (Universiti of Oxford, United Kingdom - Immunology).
Penerima BYDPA di peringkat sarjana pula ialah Fatini Amirul Haziq Azwan (University College London - Biologi); Chan Ler Yi (University College London - Farmakologi & Farmasi) dan Chris Ee Jia Wen (USM - Genetic & Heredity)
Selain itu, penerima peringkat Sarjana Mohamad Izuwansah Ishak (UPM - Persekitaran); Muhammad Zulhusni Che Razali (Imperial College London - Persekitaran) dan Puteri Najihah Athirah Zamrifana (UPM - Sains Veterinar).
BYDPA adalah biasiswa paling berprestij di bawah JPA yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah aktiviti ko-kurikulum serta terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau dalam penghasilan kerja-kerja berkandungan elemen kreatif dan inovatif.
Sejak diperkenalkan, seramai 239 warganegara Malaysia telah menerima penajaan BYDPA dengan melibatkan 124 penerima di peringkat Ph.D dan 115
penerima di peringkat Sarjana (Penyelidikan).
Pelaburan berterusan dalam pembangunan modal insan melalui penajaan pendidikan merupakan antara usaha penting untuk memastikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf global dalam bidang-bidang strategik yang menyokong agenda pembangunan negara.

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN SABAH

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN SABAH

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN SABAH

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan bantuan peribadi sebanyak RM500,000 untuk mangsa kebakaran daerah Kudat dan Sandakan di Sabah, hari ini (24 Jun).
Lebih seribu mangsa terjejas dalam kejadian berasingan di daerah berkenaan dalam bulan April baru-baru ini.
Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan kurniaan oleh Tan Sri Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah dalam satu upacara di Istana Negara.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121