PASTIKAN KEPERLUAN MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR MENCUKUPI - YANG DI-PERTUAN AGONG

PASTIKAN KEPERLUAN MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR MENCUKUPI - YANG DI-PERTUAN AGONG
PASTIKAN KEPERLUAN MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR MENCUKUPI - YANG DI-PERTUAN AGONG
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di 10 negeri diberikan perlindungan dan ketabahan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
 
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan, agensi penyelamat, sukarelawan dan pihak berkaitan yang sedang bertungkus-lumus membantu rakyat di kawasan terjejas.
 
Justeru jumlah mangsa semakin meningkat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Sultan Ibrahim menitahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memastikan PPS berada dalam keadaan baik, selamat dan mampu menampung keperluan mangsa yang dipindahkan.
 
“Pastikan kemudahan asas, bekalan makanan serta perubatan tersedia dengan mencukupi.
 
“Rakyat juga diingatkan supaya mematuhi arahan pemindahan dan tidak mengambil risiko berada di kawasan berbahaya,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (25 November).

RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN POLISI PEMBANGUNAN HIJAU JOHOR 2030

RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN POLISI PEMBANGUNAN HIJAU JOHOR 2030
RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN POLISI PEMBANGUNAN HIJAU JOHOR 2030
 
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Polisi Pembangunan Hijau (PPHJ) 2030 pada hari ini (24 November).
Berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
 
Hadir sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan Dato’ Ir Hasni Mohammad, Pengerusi Eksekutif Johor Sustainability Centre (JSC).
 
Selain pelancaran PPHJ 2030, majlis hari ini turut menyaksikan perasmian Raja Zarith Sofiah Learning Centre dan Pusat Kelestarian Johor (JSC) di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru.
 
Dato’ Ir Hasni dalam ucapannya berkata, PPHJ 2030 merupakan sebuah dasar strategik yang dirangka kerajaan Johor bagi memperkukuh agenda pembangunan hijau di negeri ini.
“Raja Zarith Sofiah Learning Centre ialah suatu inisiatif bagi memantapkan Program Bangsa Johor Bahagia yang diilhamkan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah,” kata beliau.
 
Dalam majlis sama, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan surat pelantikan kepada tujuh Ahli Lembaga Penasihat JSC sebelum menyaksikan tiga pemeteraian kerjasama strategik bagi menyokong agenda pembangunan hijau negeri Johor.
 
Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Raja Zarith Sofiah Learning Centre di antara JSC dan Saitaman City Hall serta MoU bagi Penerokaan Peluang Perniagaan dalam Industri Kenderaan Elektrik di Negeri Johor antara Permodalan Darul Ta'zim dan Yinson Greentech.
 
Diakhiri dengan Pertukaran Dokumen Usahasama bagi Penerokaan Peluang Pelaburan dalam Southern Johor Renewable Energy Corridor (SJREC) di antara International Finance Corporation (World Bank), Permodalan Darul Ta'zim dan Ditrolic Energy.

𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆

𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆
𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆
 
Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara mengetuai warga Istana Negara meraikan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 21 November.
 
Pada majlis yang diadakan di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, Seri Paduka Baginda berkenan memotong pulut kuning yang dipersembahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja mewakili seluruh warga Istana Negara.
 
Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan cenderakenangan sempena sambutan ulang tahun ke-67 Seri Paduka Baginda.
 
Hadir sama, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela; Datuk Wira Nazim Mohd Alim, Pegawai Tugas-Tugas Khas KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-Undang.
 
Turut hadir, Encik Mohd Hafizsyafuddin Suhaimi, Ketua Pegawai Pentadbir; SUPT Radin Ramlan Radin Taha, Ketua Pegawai Keselamatan dan pegawai-pegawai Istana Negara.
 
Antara warga Istana Negara dan Istana Johor yang turut meraikan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda ialah Royal Press Office (RPO), Royal Medic, tukang masak, pelayan, pengiring rapat dan pemandu rasmi.

YANG DI-PERTUAN AGONG SANTAP BERSAMA KELUARGA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menikmati santapan tengah hari bersama keluarga bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda hari ini (22 November).
 
Majlis santapan tengah hari yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru turut diserikan dengan keberangkatan cucunda-cucunda Seri Paduka Baginda.
 
Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
 
Turut berangkat, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
 
YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah turut berangkat bersama.
 
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara siri 2/25 berlangsung dengan penuh tradisi ketenteraan hari ini, melibatkan sembilan pegawai dan 164 anggota pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

Istiadat yang bermula seawal 9 pagi turut disertai 22 kuda daripada 21 Skuadron Istiadat Berkuda (SIB) diiringi Pancaragam Pusat RAMD.
 
Istiadat dimulakan dengan perbarisan keluar anggota pengawal lama dari dalam pekarangan istana yang mengambil kedudukan di hadapan pintu utama dan kemudian disertai anggota pengawal baharu yang mengambil kedudukan berhadapan mereka.
 
Ia kemudian disusuli upacara penyerahan panji-panji sebagai simbolik pertukaran pasukan Pengawal Istana lama dan Pengawal Istana baharu, dengan disaksikan Pegawai Memerintah 1 RAMD Kolonel Mohd Fuad Md Ghazali dan Pegawai Memerintah SIB Leftenan Kolonel Shahrul Azudin Maulod.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121