KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 11 ketua perwakilan asing ke Malaysia dan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada Duta Malaysia ke Luar Negara di Istana Negara, hari ini (20 Mac).
Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Puan Yang Terutama (PYT) Maria Angela Abrera Ponce, Duta Besar Republik Filipina; Tuan Yang Terutama (TYT) Karomidin Gadoev Duta Besar Republik Uzbekistan; TYT Valiollah Mohammadi Nasrabadi, Duta Besar Iran; TYT Dr. Edin Jahić, Duta Besar Bosnia & Herzegovina dan PYT Danielle Heinecke, Pesuruhjaya Tinggi Australia.
Selain itu, TYT Edgard D. Kagan, Duta Besar Amerika Syarikat; TYT Dr. Mahadhi Juma Maalim, Pesuruhjaya Tinggi Tanzania; TYT Anvar Anarbaev, Duta Besar Republik Kyrgyz; TYT Alejandro Rosselli Londoño, Duta Besar Colombia; TYT Sten Frimodt Nielsen, Duta Besar Denmark dan TYT Monday Semaya Kenneth Kumba, Duta Besar Sudan Selatan.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada TYT Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea; TYT Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Perancis; TYT Shaharuddin Onn, Duta Besar Malaysia ke Kemboja dan TYT Aiyub Omar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria.
Hadir sama pada majlis Istiadat hari ini, YB Dato' Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri dan Dato’ Ahmad Rozian Abd Ghani, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala).