SULTAN IBRAHIM MENERIMA MENGADAP PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

SULTAN IBRAHIM MENERIMA MENGADAP PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

SULTAN IBRAHIM MENERIMA MENGADAP PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap
Dato’ Sri Ramlan Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (4 Jun).

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR NASIHAT KEPADA KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA YANG BAHARU

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Dato’ Seri Abdul Halim Aman, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Seri Paduka Baginda, berkenan menzahirkan nasihat agar melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh integriti dalam memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini.
Sultan Ibrahim, bertitah usaha membanteras rasuah hendaklah dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.
Dato’ Seri Abdul Halim dilantik menerajui SPRM berkuat kuasa 13 Mei lalu menggantikan Tan Sri Azam Baki.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (4 Jun).

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR PANDANGAN DAN NASIHAT BERHUBUNG HALA TUJU PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR PANDANGAN DAN NASIHAT BERHUBUNG HALA TUJU PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR PANDANGAN DAN NASIHAT BERHUBUNG HALA TUJU PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat yang konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur.
Antaranya dengan menekankan kepentingan tadbir urus yang berkesan, penyampaian perkhidmatan yang cekap dan usaha berterusan untuk meningkatkan taraf hidup warga kota.
Sultan Ibrahim sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyat serta pembangunan yang seimbang agar setiap perancangan dan pelaksanaan dasar memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan
menerima mengadap YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai Reformasi Kuala Lumpur oleh YB Hannah Yeoh yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan perancangan bandar.
Hadir sama, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dato’ Seri Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (4 Jun).

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA
YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera.
Hadir sama, Leftenan Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) yang baharu.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir sejam di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (4 Jun).

SULTAN IBRAHIM BERKENAN SANTAP PAGI DI MUAR

SULTAN IBRAHIM BERKENAN SANTAP PAGI DI MUAR

SULTAN IBRAHIM BERKENAN SANTAP PAGI DI MUAR

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa beramah mesra sambil menikmati santapan pagi di R&H Cafe Satay Maharani, Muar hari ini (3 Jun).
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri dari Kuala Lumpur melalui Tangkak sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Muar.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda disambut oleh Pegawai Daerah Muar, Zainal Eran; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Norrizam Muhamad serta Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz.
Kunjungan berkenaan mencerminkan keprihatinan dan sifat berjiwa rakyat Seri Paduka Baginda yang sentiasa dekat dengan masyarakat.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121